My Add

Saturday 18 February 2012

Bayi baru lahir tidak wajib diberi suntikan rotavaksin

BENTONG, JUMAAT, 17 Februari, 2012: Kementerian Kesihatan belum bercadang mewajibkan suntikan rotavaksin terhadap bayi yang baru lahir sehingga berusia 10 bulan ekoran peningkatan kes penyakit gastroenteritis akut (AGE) di Perak ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu tidak perlu dilakukan memandangkan ia bukannya wabak atau penyakit berjangkit dan tidak semua mangsa yang terbabit mengalami cirit-birit, demam dan muntah.

"Walaupun kita ada vaksin tersebut, ia bukannya satu keperluan yang begitu mendesak sehingga memaksa bayi baru lahir dan yang berusia bawah 10 bulan diberikan suntikan tersebut.

"Walaupun jumlah pesakit yang mengalami simptom itu semakin meningkat, bukan semuanya berpunca daripada virus tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perayaan Tahun Baru Cina Bersama Orang Asli Kampung Cintakan Manis dengan Resort World Genting dekat sini malam ini.

Sehubungan itu, beliau menasihat rakyat supaya tidak panik sebaliknya terus mendapatkan rawatan di klinik dan hospital jika terdapat tanda-tanda simptom tersebut.

Sehingga kini, terdapat 3,444 kes dilaporkan dengan penambahan 351 kes. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment