My Add

Sunday 12 February 2012

Peniaga tidak puas hati pasar Pekan Naka ditutup sementara

KUALA NERANG, AHAD, 12 Februari, 2012: Kira-kira 400 peniaga pasar sehari Pekan Naka dekat sini tidak berpuas hati dan mempertikai tindakan Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) menutup sementara pasar itu selama tiga minggu bermula Ahad minggu lalu. 

Tindakan itu dikatakan menjejaskan perniagaan mereka justeru semua peniaga meminta supaya notis penutupan pasar ditarik balik atau setidak-tidaknya menyediakan tempat baru untuk mereka terus berniaga.

Seorang peniaga, Nor Aini Ku Ahmad, 51, yang berniaga sayur sejak 40 tahun lalu berkata, dia terkilan dengan tindakan pihak MDPT mengeluarkan notis penutupan pasar dengan alasan untuk kerja pembersihan.

"Saya hairan kenapa hanya pasar sehari saja diarahkan tutup sedangkan pasar malam dan beberapa lagi gerai masih terus dibuka di tapak yang sama," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Naka, di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment