My Add

Saturday 18 February 2012

Ekstradisi rakyat Iran bergantung kepada undang-undang

KLUANG, JUMAAT, 17 Februari, 2012: Proses ekstradisi rakyat Iran yang dipercayai terlibat dalam beberapa siri pengeboman di Bangkok banyak bergantung kepada undang-undang, kata Menteri Dalam Negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, proses itu turut bergantung kepada permintaan dan Malaysia bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya dalam hal berkenaan.

"Buat masa ini lelaki Iran terbabit masih berada dalam tahanan kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program mesra rakyat di Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh, di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, pihak berkuasa Malaysia ketika ini sedang berhubung rapat dengan kerajaan Thailand dan Iran bagi menyelesaikan hal itu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment