My Add

Saturday 18 February 2012

Tapak baru lapan unit tentera dan polis ditetapkan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 17 Februari, 201: Pembangunan Bandar Malaysia kini berada atas landasan di mana perkembangan terbaharu ialah persetujuan mengenai lapan tapak perpindahan unit polis dan tentera di pangkalan udara lama Sungai Besi itu.

Syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), akan membangunkan tapak baharu itu bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Regimen Artileri (31 RAD) dan Cawangan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata 1MDB.

IMDB akan membangunkan Bandar Malaysia di atas tapak 200 hektar di atas tanah Lapangan Terbang Sungai Besi itu.

Lima tapak diperuntukkan bagi penempatan semula operasi TUDM di pangkalan udara Kuala Lumpur di Subang, Kuantan, Sendayan, Butterworth dan Gong Kedak, — dua bagi PDRM (Subang dan Ipoh) dan satu bagi 31 RAD di Kajang, katanya dalam satu kenyataan.

Perjanjian pembangunan tapak TUDM di Butterworth dan Gong Kedak ditandatangani pada Disember tahun lepas manakala perjanjian bagi tapak Ipoh bagi PDRM ditandatangani bulan lepas.

Yang lain ditandatangani hari ini oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Pengurusan), Datuk Wahab Mohd Yasin dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Halmi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment