My Add

Saturday 18 February 2012

Gemar putar belit isu

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 17 Februari, 2012: Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus bersandiwara dalam isu menyokong keselamatan Israel tanpa menarik balik kenyataannya itu.

Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemudanya, Nordin Ahmad berkata, ketua pembangkang itu memang sudah dikenali sebagai seorang yang gemar memutarbelitkan isu yang tidak memihak kepadanya.

"Malah meminta maaf secara terbuka atau mengakui kesilapannya bukanlah cara politik Anwar sejak saya mengenali dan menyokong perjuangannya," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat yang dianggap paling keras setakat ini apabila mendesak Anwar menarik balik kenyataan menyokong keselamatan Israel dan turut meminta ketua pembangkang itu menyaman The Wall Street Journal (WSJ) sekiranya kenyataannya diputar-belitkan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan Pas menolak penyelesaian dua negara kerana haram bagi mana-mana umat Islam menerima kewujudan Israel. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment