My Add

Monday 13 February 2012

Indonesia percepatkan persiapan hantar amah ke Malaysia

JAKARTA, ISNIN, 13 Februari, 2012: Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia sedang mempercepatkan kerjasama dan penyelarasan dengan kerajaan-kerajaan negeri (provinsi) dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam pengambilan calon-calon pembantu rumah, yang akan mula dihantar ke Malaysia mulai Mac depan.

Ketua Pengarah bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja di kementerian itu, Reyna Usman berkata, peranan aktif agensi kerajaan di kedua-dua peringkat itu sangat diharapkan bagi menentukan proses penghantaran itu dapat berjalan lancar.

Peranan aktif mereka diharapkan dapat memastikan tidak ada pembantu rumah yang dihantar tanpa izin atau tanpa dokumen sah, kata Reyna di Jakarta, semalam.

Pada masa ini kementerian itu sedang mengemas kini pendataan tentang pembantu rumah yang akan dihantar ke Malaysia.

Enam belas negeri (provinsi) yang terlibat dalam pengambilan calon-calon pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia ialah Banten, Jakarta, Jawa Barat, Jawa Tengah, Yogyakarta, Jawa Timur, Lampung, Sumatera Utara, Sumatera Selatan, Riau, Kepulauan Riau, Nusa Tenggara Barat, Nusa Tenggara Timur, Sulawesi Tengah, Maluku dan Bali.

Indonesia secara rasmi menarik balik moratorium penempatan pembantu rumahnya ke Malaysia pada 1 Dis tahun lepas tetapi memerlukan masa tiga bulan untuk proses menyediakan mereka mengikut prosedur yang telah disepakati oleh kedua-dua negara. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment