My Add

Monday 13 February 2012

Malaysia bukan transit penjenayah luar: Hishammuddin

PETALING JAYA, ISNIN, 13 Februari, 2012: Malaysia tidak akan membenarkan penjenayah yang dikehendaki di negaranya sendiri menjadikan negara ini sebagai destinasi untuk bersembunyi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 

"Jangan ingat Malaysia negara yang selamat untuk mereka bernaung dan tinggal bagi mengelak mereka diburu. Kita tidak akan membenarkan mereka menjadikan Malaysia sebagai transit," katanya mengulas penahanan Mohammad Najeeb A Kashgari, 23, kolumnis akhbar Arab Saudi yang dilaporkan dihantar pulang ke negara asal kerana didakwa menggunakan twitter untuk menghina Nabi Muhammad SAW.

Hishammuddin memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa penahanan Mohammad Najeeb dibuat atas permintaan kerajaan Arab Saudi dan bukannya daripada Interpol seperti yang didakwa beberapa pihak.
"Saya harap isu ini tidak dipolitikkan," katanya. 

Hishammuddin turut menafikan wujud injunksi mahkamah untuk menghalang penghantaran pulang kolumnis Arab Saudi itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment