My Add

Monday 6 February 2012

IPH: RM19.8j diserah petani Kelantan, Terengganu

WAKIL petani Kelantan menerima replika cek bayaran IPH daripada Dr. Awang Adek Hussin pada Majlis Penyerahan IPH Peringkat Wilayah Pantai Timur di Bachok, semalam.

BACHOK, AHAD, 06 FebRUARI, 2012: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani semLm menyerahkan bayaran Insentif Peningkatan Hasil (IPH) sebanyak RM19.8 juta kepada lebih 11,000 petani di Kelantan dan Terengganu.

Penyerahan cek IPH itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin pada Majlis Penyerahan IPH Wilayah Pantai Timur di sini semalam yang dihadiri kesemua penerima dari kedua-dua negeri.

Awang Adek ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata, IPH adalah salah satu langkah yang telah diperkenalkan kerajaan sejak November 2006 bagi menggalakkan peningkatan pengeluaran hasil padi yang diusahakan oleh petani negara ini.

"Kerajaan menyediakan peruntukan RM224 juta bagi tujuan pembayaran IPH dari tahun 2007 sehingga 2010. Setiap petani yang berjaya meningkatkan hasil mereka akan menerima wang sebagai menghargai jasa mereka," katanya.

Hadir sama Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (Iada) Kemasin Semerak, Norbahani Zakaria dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat, Datuk Dr. Ilias Husain.

Menurutnya, hasil pengeluaran padi di kedua-dua negeri terbabit menunjukkan peningkatan sejak IPH mula dilaksanakan dan ia secara langsung berjaya membantu menambah bekalan makanan kepada pengguna dalam negara.

"Di Kelantan, pengeluaran padi bagi musim 1/2011 telah meningkat kepada 75,000 tan berbanding 62,000 tan bagi musim 1/2008 dan ini merupakan jumlah yang sangat besar.

"Begitu juga di Terengganu, pengeluaran bagi musim 1/2011 adalah sebanyak 26,000 tan berbanding musim 1/2008 hanya 21,000 tan," katanya.

Kata beliau, perkembangan tersebut menunjukkan usaha kerajaan melaksanakan IPH untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi negara mencapai sasaran. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment