My Add

Monday 6 February 2012

Program Cinta Masjid AlHijrah akan ke seluruh negara

JAMIL Khir Baharom (kiri) merasmikan papan tanda Cinta Masjid di hadapan Masjid Saidina Hamzah pada Majlis Perasmian Program Cinta Masjid TV Al-Hijrah Kampung Batu Muda di Kuala Lumpur, semalam. Turut bersama Dr. Yusof Nor (dua kiri), Bukhari Che Muda (dua kanan).

KUALA LUMPUR, AHAD, 05 Februari, 2012: Program Cinta Masjid TV AlHijrah akan diadakan di semua masjid seluruh negara dengan matlamat menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu dan kegiatan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mengambil kira pentingnya institusi masjid, program itu diketengahkan sebagai usaha memupuk dan menyemarakkan rasa cinta pada masjid.

''Program ini akan membawa ikon seperti Ustaz Don Daniyal Don Biyajed atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don bagi memberi nafas baru dalam mengimarahkan masjid.

'' Program ini bermula di Kuala Lumpur dan akan diteruskan setiap bulan di seluruh negara untuk menggalakkan penyertaan golongan muda, belia dan kanak-kanak mendekati masjid dan seterusnya menjadikannya sebagai pusat perkembangan ilmu," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Cinta Masjid TV AlHijrah di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, semLm .

Turut hadir, Pengerusi AlHijrah, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bukhari Che Muda.

Tambahnya lagi, kesedaran bahawa masjid bukan sekadar tempat untuk beribadat semata-mata perlu ditingkatkan kerana masjid merupakan pusat kegiatan umat sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.

''Selain ingin menyebarkan dakwah melalui majlis keagamaan, program tersebut juga akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti program gotong royong membersihkan masjid, pertandingan azan dan mewarna untuk kanak-kanak.

'' Saya berharap program ini bukan sahaja disertai orang dewasa malah akan turut didominasi oleh golongan muda," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment