My Add

Saturday 18 February 2012

JKM tiada kuasa sekat jual bayi ke JKM

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 17 Februari, 2012: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai sebarang bidang kuasa untuk membanteras sindiket penjualan bayi yang berlaku di negara ini.

Bagaimanapun, bayi-bayi yang diselamatkan daripada sindiket berkenaan akan ditempatkan di bawah jagaan JKM setelah polis menyerahkan mangsa kepada jabatan tersebut.

Timbalan Ketua Pengarah Operasinya, Norani Hashim berkata, penempatan bayi-bayi itu dibuat seperti mana termaktub di bawah peruntukan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Akta 670).

"Dalam kes seperti ini, JKM akan memberi kerjasama selepas mendapat maklumat yang disalurkan pihak polis,

"Namun, usaha membanteras sindiket ini menjadi tanggungjawab polis. Bagaimanapun, JKM akan mendapat bantuan orang ramai dalam menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Norani berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan mengenai kegiatan penjualan bayi yang masih berleluasa di negara ini.

Katanya, JKM akan melakukan tindakan susulan setelah mendapat pengesahan daripada polis mengenai status bayi yang diserahkan dan sekali gus mendapat hak daripada mahkamah untuk menempatkan bayi-bayi tersebut di pusat jagaan di bawah agensi ini.

"JKM memandang serius jenayah ini dan mahu semua pihak bertanggungjawab untuk menghapuskannya sehingga ke akar umbi," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment