My Add

Saturday 18 February 2012

Orang awam, media diminta henti label Sibu bandar gengster

KUCHING, JUMAAT, 17 Februari, 2012: Orang awam termasuk media perlu berhenti melabel Sibu sebagai pusat gengsterisme kerana ia hanya akan menimbulkan persepsi negatif terhadap bandar itu sehingga menakutkan pengunjung luar.

Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah berkata, dua pembunuhan yang berlaku di bandar tersebut baru-baru ini merupakan kes luar biasa yang jarang berlaku di negeri ini serta tidak mempunyai hubung kait antara satu sama lain.

Justeru, katanya, tanggapan negatif orang ramai bahawa Sibu adalah sebuah bandar gengster serta tidak selamat untuk dikunjungi atau didiami tidak benar.

"Tempat mana tidak ada gengster, malah jika di negeri lain, ia lagi ganas dan kejam.

"Janganlah hanya disebabkan dua kes pembunuhan yang berlaku di situ baru-baru ini, kita membuat kesimpulan Sibu adalah bandar gengster," katanya pada sesi dialog bersama peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2012 yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Law Hong Soon di sini hari ini.

Awal tahun ini, seorang ahli perniagaan, Ling Tong Hock, 36, bersama ibunya, Leong Nyuk Lan, 76; anak lelakinya, David Ling Chei Qi, 10, dan anak perempuannya, Amy Ling Zi Jiun, 7 diserang dan dibunuh dengan kejam di kediaman mereka.

Selang seminggu selepas kejadian itu , seorang lagi ahli perniagaan, Lau Leh Hing, 42, mati ditembak ketika memasuki sebuah kedai di bandar itu sehingga orang ramai mengaitkan dua kes tersebut dengan aktiviti gengsterisme

Menurut Acryl Sani, menerusi Ops Cantas Kenyalang yang dilaksanakan secara besar-besaran pada 2007, pihaknya telah berjaya mengawal dan mengekang kegiatan gengsterisme di bandar-bandar besar di negeri ini.

"Meskipun Ops Cantas Kenyalang telah berakhir, kita sentiasa memantau dan melakukan operasi berterusan bagi membanteras kegiatan sama serta jenayah lain menerusi Ops Cantas, Ops Dadu, Ops Noda dan lain- lain," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Acryl Sani ayah di negeri ini menunjukkan penurunan sebanyak 17 kes iaitu 1,365 berbanding 1,412 kes bagi tempoh sama tahun lalu, manakala kadar penyelesaian kes adalah 34.14 peratus.

"Daripada jumlah ini, jenayah keganasan seperti kes pecah rumah dan samun mencatat bilangan tertinggi dan kebanyakannya dilakukan warga asing dari negara jiran," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment