My Add

Monday 13 February 2012

P Ramasamy saman RM10j wartawan, akhbar The Star

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Februari, 2012: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy hari ini memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini untuk menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta terhadap seorang wartawan akhbar The Star dan syarikat penerbitan akbar tersebut berhubung penyiaran satu artikel.

Perkataan-perkataan di dalam artikel tersebut menurut Ramasamy, membawa maksud bahawa beliau seorang pemimpin yang tidak sah, tidak berwibawa, tidak bermoral dan tidak jujur.

Ramasamy selaku plaintif menamakan Ian Mcintyre dan Star Publication (M) Bhd sebagai defendan.

Pernyataan tuntutan itu difailkan menerusi firma guaman Tetuan A. Sivanesan & Co. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment