My Add

Sunday 19 February 2012

Kaunselor sekolah perlu tingkat kerjasama semua pihak

JOHOR BAHRU, AHAD, 19 Februari, 2012: Kaunselor di sekolah disaran agar meningkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memudahkan penyaluran maklumat kursus yang sesuai dengan pasaran pekerjaan sebelum pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, ini bagi mengelakkan lulusan institusi pengajian tinggi tidak memperoleh pekerjaan disebabkan kursus yang diambil tidak memenuhi kehendak penawaran pekerjaan.

"Dengan mempunyai kerjasama itu, para kaunselor dapat meningkatkan pengetahuan mereka dan membantu pelajar membuat keputusan yang baik dalam memilih bidang kursus di institusi pengajian tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan karnival kerjaya 'My Career 2012' di Dewan Serbaguna Skudai di sini hari ini.

Subramaniam berkata, generasi muda perlu tahu bidang pembangunan utama negara sebelum memilih sesuatu kursus.

Katanya, dalam situasi negara menuju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, ia memerlukan sektor pembangunan berasaskan teknologi tinggi seperti bidang kejuruteraan, teknologi dan pekerjaan berkemahiran tinggi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment