My Add

Sunday 12 February 2012

Kecualikan tol kepada semua kenderaan kerajaan - CUEPACS

KOTA BHARU, AHAD, 12 Febrari, 2012: Selepas membuat saranan agar kenderaan bomba dan penyelamat dikecualikan daripada tol, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPCAS) kini turut mencadangkan skop pengecualian bayaran tol dibuat ke atas semua kenderaan rasmi kerajaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata langkah itu bagi meringankan beban pemandu yang terpaksa membayar sendiri tol ketika menjalankan tugas.

"Bagaimanapun perlu dipastikan kenderaan yang akan dikecualikan tol mempunyai logo rasmi jabatan,” katanya di sini hari ini.

Omar berkata, Cuepacs sebelum ini hanya meminta kerajaan mengecualikan tol bagi kenderaan bomba dan penyelamat serta ambulans. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment