My Add

Sunday 12 February 2012

Perlindungan Data: Pegawai Privasi perlu

KUALA LUMPUR, AHAD, 12 Februari, 2012: Timbalan Pesuruhjaya Privasi New Zealand, Katrine Evans mencadangkan agar Malaysia melantik pegawai privasi untuk melaksanakan undang-undang perlindungan data.

Katanya, pegawai privasi adalah pegawai dalam sesuatu agensi yang mampu memahami tugas dan tanggungjawabnya serta boleh membantu agensi berkenaan dalam mengendalikan maklumat peribadi seperti yang sewajarnya.

"Saya tidak pasti sama ada Malaysia mewajibkan setiap agensi mempunyai seorang pegawai privasi, tapi, sekiranya tiada, ia patut diadakan,” katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai Langkah-langkah Awal Bagi Pesuruhjaya Perlindungan Data: Beberapa Cadangan Daripada New Zealand pada seminar sulung mengenai perlindungan data peribadi di sini.

Seminar pada Khamis itu dirasmikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, yang mengumumkan penubuhan Jabatan Perlindungan Data Peribadi di bawah kementerian berkenaan.

Evans berkata, New Zealand mewujudkan undang-undang perlindungan datanya 20 tahun lepas di bawah Akta Privasi 1993. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment