My Add

Sunday 19 February 2012

Kehadiran TPM bawa berita baik kepada penduduk Balik Pulau

BALIK PULAU, SABTU, 18 Februari, 012: Kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ke majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpat Empat di sini hari ini, ternyata membawa perkhabaran gembira kepada kira-kira 20,000 tetamu yang hadir.

Pada majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri, mengumumkan kelulusan beberapa projek pembangunan untuk kemudahan penduduk di kawasan itu.

Antaranya pembinaan Masjid Teluk Kumbar bernilai RM5 juta, jambatan di Sungai Burung berjumlah (RM80,000), dewan orang ramai di Sungai Ara (RM200,000), dewan terbuka di Sungai Korok (RM150,000) dan dewan di Pulau Betong sebanyak RM150,000.

"Bagi projek pembesaran hospital Balik Pulau, kita akan minta Kementerian Kesihatan meneliti kedudukannya untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) kerana menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan dan perkhidmatan yang baik kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Hadir sama, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, beberapa lagi projek seperti pembinaan sekolah berasrama penuh dan pembinaan sekolah baru di situ akan diberi perhatian untuk pertimbangan kelulusan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment