My Add

Sunday 12 February 2012

Kementerian Kesihatan perhebat kempen berhenti merokok tahun ini

KUALA LUMPUR, SABTU, 11 Februari, 2012: Kementerian Kesihatan akan memperhebatkan kempen berhenti merokok tahun ini dalam usaha mengurangkan jumlah perokok di negara ini. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pada masa ini, 20 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia adalah perokok.

Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada program itu, semua pesakit di klinik dan hospital kerajaan, yang merupakan perokok, akan disaran agar mengikuti program berhenti merokok, bermula tahun ini.

"Program ini adalah percuma. Saya harap perokok akan menyertai program ini bagi membantu mereka mengurangkan ketagihan merokok," katanya selepas merasmikan karnival kesihatan di Gombak dekat sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment