My Add

Sunday 12 February 2012

Wartawan mengundi secara pos ditentukan 15 Feb

KUALA LUMPUR,, SABTU, 11 Februari, 2012: Keputusan memperluaskan kategori pemilih yang boleh mengundi awal secara pos termasuk golongan wartawan dalam pilihan raya akan datang ditentukan pada 15 Februari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, proses pengundian secara pos dapat membantu wartawan menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih dengan lebih mudah.

"PSC dalam mesyuaratnya minggu lalu sememangnya menimbang cadangan meluaskan kategori mereka yang akan dibenarkan mengundi awal secara pos ini," katanya pada

sidang media selepas melancarkan Logo dan Lagu Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) di sini hari ini.

Beliau berkata, selain wartawan, turut dicadangkan untuk dibenarkan mengundi awal secara pos ialah jururawat dan doktor yang akan ditugaskan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang.

"Pihak PSC telah berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan dimaklumkan bahawa daripada 100,000 jururawat dan 8,000 doktor yang bertugas hanya empat peratus sahaja yang terlibat dalam tugas setiap hari.

"Ini tidak menjadi isu kerana mereka (jururawat dan doktor) boleh mengundi secara bergilir-gilir," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment