My Add

Saturday 25 February 2012

Kerajaan negeri, DCA setuju bincang pelan pembangunan

IPOH, JUMAAAT, 24 Februari, 2012: Kerajaan negeri Perak dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) setuju mengadakan perbincangan mengenai rancangan membangunkan Ipoh sebagai sebuah bandar raya serba moden dan memiliki bangunan tinggi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, persetujuan itu dimeterai dalam satu pertemuan baru-baru ini.

"Kita (kerajaan negeri) telahpun diberi penerangan oleh Jabatan Penerbangan Awam mengenai laluan udara di bandar raya itu dan kita telah buat beberapa kenyataan mengenai perancangan yang dilakukan kerajaan Perak dalam usaha untuk membenarkan pembinaan bangunan tinggi di Ipoh.

"Kedua-dua belah pihak bersetuju sebarang bentuk pembangunan itu dapat dibincang bersama supaya mereka (DCA) tidak boleh menghalang usaha kita untuk membina bangunan tinggi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Agung Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Perak ke-12 di dewan serba guna kediaman rasmi Menteri Besar hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelan membina bangunan tinggi di Perak adalah mengikut kewajaran.

"Segala pelan pembangunan yang kita nak buat mengikut peraturan-peraturan yang tertentu," katanya.

Beliau berkata, sebelum ini, DCA tidak membenarkan bangunan tinggi didirikan di bandar raya ini kerana ia tertakluk dalam Akta Penerbangan Awam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment