My Add

Thursday 16 February 2012

Kerajaan sedia lanjutkan tempoh rayuan BR1M - Najib

KUALA LUMPUR, RABU, 15 Februari, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia melanjutkan tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang layak selepas 15 Mac ini.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi memberi peluang kepada para pemohon yang layak sungguhpun nama mereka tidak tersenarai sebelum ini.

"Yang layak, boleh buat rayuan dan diteruskan sampai 15 Mac tetapi kalau ada lagi, boleh sambung.

"Ini supaya semua yang ditafsirkan layak boleh menerima bantuan BR1M," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam ini.

Perdana Menteri berkata, BR1M merupakan satu bentuk kaedah yang sangat berkesan bagi membantu meringankan beban rakyat.

"Mesyuarat hari ini memaklumkan bahawa pemberian ini sangat dihargai oleh rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Najib memberitahu, mesyuarat malam ini telah meluluskan keahlian tiga pertubuhan sebagai Ahli Gabungan BN.

Katanya, tiga pertubuhan tersebut ialah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Persatuan Bekas Anggota Kemas dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.\

"Tiga permohonan itu diputuskan daripada 11 permohonan yang kami terima," katanya.

Kepada satu soalan, beliau berkata, semua pihak berhak menganjurkan perhimpunan termasuk Perhimpunan Hijau di Kuantan dua minggu lagi selagi ia selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2011.

"Kita tidak akan halang, malahan perhimpunan kita jauh lebih besar dan dihadiri ramai orang," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment