My Add

Saturday 4 February 2012

Konsortium Malaysia bina Jambatan Padma bernilai RM6.6b

KUALA LUMPUR, SABU, 04 Feb. ==ruari, 2012:  Sebuah konsortium Malaysia akan ditubuhkan untuk melaksana projek jambatan pelbagai guna Padma, bernilai RM6.6 bilion, di Bangladesh selepas kedua-dua negara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerajaan-dengan-kerajaan (G2G) menjelang akhir bulan ini.

Duta Khas (Infrastruktur) ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri Samy Vellu berkata, konsortium itu yang terdiri daripada syarikat-syarikat pembinaan berpengalaman Malaysia, itu ditubuhkan selepas kerajaan Bangladesh menerima cadangan teknikal dan kewangan projek itu minggu lepas.

Jambatan Padma merupakan jambatan dan jalan sepanjang 6.15km merentangi Sungai Padma.

Ia akan menghubungkan Louhajong, Munshiganj ke Shariatpur dan Madaripur, sekali gus menghubungkan wilayah selatan-barat negara itu dengan utara dan timur negara berkenaan.

Apabila siap, ia akan menjadi projek infrastruktur terbesar negara setakat ini dan akan diumumkan sebagai jambatan terbesar di Bangladesh dan jambatan tetap pertama untuk laluan trafik. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment