My Add

Saturday 4 February 2012

Jadikan ajaran Rasulullah benteng untuk hadapi cabaran

KUALA LUMPUR , SABTU, 04 Febuari,20122: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cabaran bagi umat Islam di Malaysia amat besar, tetapi mereka tidak boleh leka atau hanyut dibawa cabaran tersebut kerana ini boleh menjurus kepada keruntuhan ummah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka perlu menerapkan nilai-nilai murni termasuk mengukuhkan kepimpinan serta sahsiah diri sebagaimana yang disarankan Rasulullah SAW untuk menghadapi cabaran itu dengan penuh kejayaan.

Dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Muhyiddin berkata: “Memperingati junjungan Baginda bukan pada hari ini sahaja dan bukannya sekali dalam setahun.

"Sebaliknya Rasulullah mesti sebati dengan diri kita, ajarannya pula mesti lekat di hati sehingga mampu menjadi benteng dalam menghadapi apa saja cabaran yang mendatangi umat Islam.”

Muhyiddin berkata, dalam konteks Malaysia, segala pembangunan fizikal telah disediakan oleh kerajaan, manakala umat Islam pula mesti mempunyai kekuatan rohani untuk memastikan pembangunan yang seimbang.

Menyingkap perjuangan Rasulullah, Muhyiddin berkata, Baginda mengutamakan kekuatan rohani bagi menunjangi pembangunan fizikal sehingga akhirnya terbentuk negara Islam yang dihormati dan disegani selain kepimpinan yang sehingga kini amat dikagumi kehebatannya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment