My Add

Sunday 19 February 2012

Kunita Sri Betong terima sumbangan

NOORAINEE Abdul Rahman (kiri) menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada Siti Aishah Mohd. Said di Balik Pulau, Pulau Pinang, semalam.

BALIK PULAU, SABTU, 18 Februari, 2012: Pusat Perkembangan Wanita Nelayan (Kunita) Sri Betong hari ini menerima sumbangan berjumlah RM5,000 daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Sumbangan disampaikan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Pusat Pemprosesan dan Jualan Hasil Laut, Kampung Betong di sini.

Pengerusi Kunita Sri Betong, Siti Aishah Mohd. Said berkata, beliau berasa besar hati menerima sumbangan tersebut kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu memperkembangkan pusat tersebut.

Kata beliau, pihaknya akan menggunakan sumbangan berkenaan untuk menaik taraf pusat berkenaan agar dapat meningkatkan pengeluaran hasil laut mereka seperti keropok kering, keropok lekor dan ikan gelama masam.

"Kami juga merancang menghasilkan mi pada masa akan datang, maka sumbangan ini amat bermanfaat nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Noorainee menghadiri majlis ramah mesra bersama ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita), Pertubuhan Kebajikan Sejati Malaysia (Sejati) dan Pemimpin-pemimpin Persekutuan Wanita di Anjung Indah di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment