My Add

Sunday 19 February 2012

Thaipusam: PM ikut garis panduan majlis fatwa

KUALA LUMPUR, SABTU, 18 Februari, 2012: Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Batu Caves pada Hari Thaipusam baru-baru ini tidak bercanggah dengan agama dan menepati garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Perdana Menteri sudah menjelaskan secara terperinci berhubung perkara itu kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan beliau memahaminya.

''Perdana Menteri tidak menyertai apa-apa acara keagamaan sebaliknya mahu bertemu rakyat dan menerangkan polisi-polisi kerajaan," katanya ketika menjawab soalan peserta apabila ditanya mengenai ulasan-ulasan negatif ekoran kunjungan Perdana Menteri ke Batu Caves sempena hari Thaipusam baru-baru ini.

Beliau hadir sebagai ahli panel dalam perbincangan yang menyentuh isu-isu semasa Islam dan transformasi 1Malaysia sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment