My Add

Friday 3 February 2012

Identiti militan: PDRM hantar pasukan khas ke Filipina

KUALA LUMPUR, JUMAAY, 03 Februari, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar pasukan khas ke Filipina untuk mengesahkan identiti tiga rakyat Malaysia yang mati dalam serangan ke atas persembunyian kumpulan Abu Sayyaf, di Sulu, wilayah selatan negara itu semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia ingin mendapatkan kesahihan kematian pemimpin kanan pertubuhan militan Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiyah (JI) Zulkifli Abdul Hir.

"PDRM sedang berurusan dengan Philippine National Police untuk menyalurkan sampel DNA keluarga Zulkifli bagi tujuan pengesahan mayat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hishamuddin berkata, sekiranya mayat itu disahkan sebagai Zulkifli, pihak polis akan menguruskan kepulangan jenazah itu ke Malaysia untuk urusan pengkebumian. Polis juga menunggu pengesahan dua lagi mayat anggota Darul Islam (DI) Sabah iaitu Bacho dan Jeknal Adil yang ditemui dalam serangan itu, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment