My Add

Friday 17 February 2012

Lagi bayi maut akibat tersedak susu

AHMAD ZAHIR Zamri memangku jenazah Siti Nur Balkis (gambar kecil) di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis, semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri).

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI 

KANGAR, JHAMIS, 16 Februari, 20`2: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumahnya di Simpang Empat dekat sini malam tadi.

Mangsa, Siti Nur Balkis Ahmad Zahir, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar pukul 8.50 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku selepas bayi tersebut diberi minum susu botol oleh ibunya, kira-kira pukul 4 petang.

Kata beliau, Siti Nur Balkis kemudian tidur sebelum bangun pada pukul 6 petang dan menangis menyebabkan ibunya membawa bayi tersebut ke bilik air kerana menyangka anaknya hendak membuang air.

Bagaimanapun, katanya, ibu mangsa yang berusia 27 tahun mendapati anaknya dalam keadaan lemah dan terus mengejarkannya ke HTF.

Menurut Ismail, hasil bedah siasat mendapati bayi tersebut meninggal dunia disebabkan tersedak susu.

"Pihak HTF memaklumkan penemuan susu dalam paru-paru Siti Nur Balkis ketika pemeriksaan dijalankan," katanya.

Beliau menjelaskan, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam kejadian pada 19 Januari lalu, dua bayi lelaki yang ditinggalkan di sebuah pusat asuhan di Taman Permata, Ampang, di Kuala Lumpur meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu.

Pada 4 Februari lalu, sepasang suami isteri berketurunan Iban hanya sempat menimang cahaya mata sulung selama enam hari apabila bayi mereka meninggal dunia akibat tersedak susu di wad Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment