My Add

Tuesday 21 February 2012

Lebih 13,000 pasangan sertai program Smartstart

KUALA LUMPUR, ISNIN, 20 Februari, 2012: Seramai 13,385 pasangan telah menyertai program SmartStart, yang bertujuan membantu mereka menangani konflik rumahtangga sehingga Disember lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata, sebanyak 415 program telah dilaksanakan, yang dikendalikan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi memberi penekanan dalam menyelesaikan sesuatu konflik rumahtangga.

Katanya, program tersebut diwujudkan sejak 2006 khusus untuk pasangan yang akan berkahwin dan yang baru berkahwin bagi tempoh kurang lima tahun.

"Dulu, apabila pasangan itu berhadapan dengan konflik, ramai ibubapa, saudara mara dan rakan yang akan datang untuk membantu.

"Tetapi kini, cabaran yang dihadapi oleh pasangan itu adalah berbeza dan pelbagai. Kita sedari, pasangan muda memerlukan ilmu dan kaedah untuk menangani cabaran yang akan dilalui oleh mereka nanti,” katanya ketika melancarkan Peraduan Gerbang Cinta Musim Ketiga, anjuran akhbar Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Katanya, kerajaan mewujudkan undang-undang dan polisi yang memudahkan dan menentukan sesuatu institusi perkahwinan itu kekal untuk selama-lamanya bagi yang beragama Islam dan bukan Islam.

Shahrizat berkata, program SmartStart adalah antara aktiviti yang membantu mengekalkan keharmonian perkahwinan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment