My Add

Friday 3 February 2012

Lembaga Tabung Haji umum bonus pendeposit 6%

Oleh HASHNAN ABDULLAH

PUTRAJAYA, JUMAAT, 03 Februari, 2012: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pembayaran bonus pendeposit sebanyak 6 peratus bagi 2011 berbanding 5.50 peratus tahun sebelumnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengumumkannya di sini, hari ini berkata, pembayaran kepada pendeposit yang berjumlah 6.96 juta orang akan dibuat pada hari Rabu ini.

"Peningkatan itu selaras dengan kejayaan TH buat kali kedua berturut-turut berjaya mencatatkan pendapatan melebihi RM2 bilion iaitu RM2.2 bilion pada tahun lalu.

"Pembayaran bonus 2011 melibatkan RM1.67 bilion iaitu meningkat sebanyak 25 peratus berbanding dengan 2010 iaitu RM1.33 bilion,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment