My Add

Saturday 18 February 2012

Letupan bom bukan agenda perbincangan Yingluck-Najib

BANGKOK, JUMAAT, 17 Februari, 2012: Penahanan suspek warga Iran di Malaysia yang dikaitkan dengan tiga letupan bom di bandar raya ini pada Selasa, tidak termasuk dalam agenda perbincangan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra yang akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia, Isnin ini.

Pemangku jurucakap kerajaan Thailand, Thitima Chaisaeng berkata, perkara itu tidak termasuk dalam agenda perbincangan Yingluck dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

"Perdana Menteri Yingluck akan menyerahkan kepada pihak berkuasa keselamatan untuk mengendalikan kes itu.

"Bagaimanapun, Perdana Menteri (Yingluck) telah menyediakan maklumat, jika pegawai Malaysia bertanya beliau berhubung perkara itu pada mesyuarat delegasi membabitkan kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita di sini.

Bangkok memohon mendapatkan ekstradisi rakyat Iran berusia 31 tahun yang ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pada Rabu, ketika hendak berlepas ke Teheran, selepas tiba dengan penerbangan dari Bangkok malam sebelumnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment