My Add

Saturday 18 February 2012

UMNO Besut bantu tingkat pembelajaran murid

BESUT, JUMAAT, 17 Februari, 2012: UMNO Bahagian Besut akan membantu dan menyokong Kementerian Pelajaran dalam memastikan murid-murid sekolah rendah di daerah itu mencapai kemahiran asas pembelajaran melalui Program Saringan Literasi dan Numerasi (Linus) yang dilaksanakan sejak tiga tahun lepas di seluruh negara.

Program itu diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bagi mencapai tahap celik huruf dan kebolehan mengira 100 peratus bagi semua kanak-kanak sekolah tanpa mengalami kesukaran pembelajaran apabila mereka sampai ke Tahun Tiga dalam menekankan kemahiran membaca, mengira dan menulis.

Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kepimpinan UMNO Besut akan berganding bahu dengan ibu bapa untuk merealisasikan sasaran Pejabat Pelajaran Daerah Besut kepada sifar peratus ke atas murid-murid sekolah daerah ini mulai tahun ini.

Setakat ini terdapat 3,067 murid Tahun Tiga daripada 53 buah sekolah rendah di daerah itu sedang mengikuti Program Linus.

"Daripada jumlah itu tiga orang didapati masih tegar dan 46 yang lain dalam kelompok sederhana untuk Literasi manakala bagi Numerasi pula terdapat tiga murid tegar dan 29 pada tahap serdahana,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment