My Add

Monday, 13 February 2012

Usah jadi kacang lupakan kulit!

TERGAMAK sungguh Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mencerca UMNO, partinya sendiri yang sekian lama mengangkatnya ke mercu tertinggi dalam arena politik negara dan kerajaan.

Sukar dinafikan melalui parti keramat itulah, nama Abdul Kadir Sheikh Fadzir dijulang dan terkenal.

Menerusi UMNO, langkah demi langkah Kadir terlantik sekian lama menjadi menteri, diangkat perwakilan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti yang dipilih.

Tetapi entah mengapa, apa pula silapnya, Kadir berubah selera, mencemuh makanan sajian UMNO sekarang, kurang ramuannya, tidak senak dahulu lagi,

Lalu, orak langkahnya menyusur ke destinasi lain menyertai Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) sebagai timbalan presiden.

Amanah adalah sebuah lagi NGO, pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

Secara tiba-tiba pula, veteran UMNO itu melontar cerita konon, partinya, UMNO menggunakan wang bagi membeli undi untuk memenangi pilihan raya umum.

Dihebahkan juga secara terbuka bagaimana politik wang menjadi kunci utama untuk pemimpin UMNO terus kekal berkuasa dalam parti.

Langkahnya terseliuh apabila pada 9 Januari 2012, Kadir dilihat ikut serta mengiringi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.

Selepas itu, Kadir turut bersama di majlis kesyukuran sempena pembebasan Anwar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Maka tergambarlah bahawa Kadir semacam kurang serasi dengan kepimpinanan UMNO sekarang. Jika marahkan nyamuk, mengapa kelambu pula mahu dibakar?

Tepok dada tanya selera... aku ni orang UMNO atau sekadar ahli UMNO sahaja.

Usah jadi kacang lupakan kulit!.

No comments:

Post a Comment