My Add

Monday 6 February 2012

Matlamat 10,000 koperasi baharu mampu dicapai

KUALA TERENGGANU, HAD, 06 Februaei, 2012: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yakin sasaran kerajaan menubuhkan 10,000 buah koperasi menjelang 2013 dan 16,000 lagi koperasi sebelum 2020 mampu dicapai.

Timbalan Yang Dipertua Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah (gambar) berkata, keyakinan itu berdasarkan perkembangan positif penubuhan koperasi apabila sehingga 2011 sebanyak 9,000 berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di seluruh negara.

"Mengikut Dasar Koperasi Negara II, antara 2011 dan 2020 kerajaan menyasarkan penubuhan 10,000 koperasi menjelang 2013 dan 16,000 koperasi menjelang 2020.

"Berdasarkan kewujudan 9,000 koperasi setakat tahun lalu, kita masih ada setahun lagi iaitu tahun ini untuk mencapai sasaran itu. Jadi, Angkasa yakin sasaran kerajaan itu berjaya dicapai," katanya selepas menutup Kursus Induksi Koperasi Baharu Menjadi Ahli Angkasa Peringkat Zon Timur di sini, semalam.

Beliau menjelaskan, kesemua koperasi sedia ada adalah membabitkan pelbagai sektor seperti peruncitan, perbankan, perumahan, pengangkutan dan pelancongan.

Jelasnya, pencapaian awal itu juga didorong kerjasama Angkasa dengan SKM dalam merealisasikan penubuhan 1Komuniti 1Koperasi diikuti 1Koperasi 1Kariah masjid.

Beliau memberitahu, kini terdapat 6,600 masjid di seluruh negara yang berpotensi untuk menubuhkan koperasi kariah masjid yang mampu memberi pelbagai manfaat kepada ahli kariah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment