My Add

Monday 6 February 2012

Umat Islam tidak miskin diperintah orang Islam

PARIT, AHAD, 06 Februari, 2912: Umat Islam di negara ini tidak akan miskin selagi kerajaannya diperintah oleh orang Islam, kata Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Menurutnya, ini kerana negara mempunyai beberapa syarikat milik kerajaan (GLC) yang hebat seperti Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang menguasai kira-kira 40 peratus nilai di pasaran saham.

"Umat Islam tidak lemah tetapi yang saya bimbangkan jika GLC hendak diswasta dan diberikan kepada individu.

"Hati-hati apabila hendak menswastakan GLC kerana syarikat seperti Petronas, Tabung Haji dan PNB mempunyai kekuatan yang cukup besar," katanya pada ceramah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Dataran Parit di sin, semalam.

Muhammad Hashim yang juga merupakan Pengerusi Waqaf An-Nur Corporation Berhad turut mencadangkan supaya GLC diwakafkan untuk kepentingan ummah.

"GLC sudah ada dan sudah kuat. Wakafkan syarikat berkenaan supaya orang ramai dapat menyertai dan GLC menjadi lebih kuat," katanya yang juga bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp).

Pada ceramah tersebut, beliau turut meminta orang Melayu dan umat Islam supaya berjuang untuk menguasai sebanyak 65 peratus ekuiti ekonomi negara dan bukan sekadar mengejar 30 peratus.

"Selama ini kita asyik hendak kejar 30 peratus sahaja. Sedangkan umat Melayu dan Islam di negara ini ada 65 peratus, jadi kita perlu memperjuangkan 65 peratus," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment