My Add

Tuesday 7 February 2012

Maulidur Rasul surau Sayyidina Umar Al-Khattab meriah

SEBAHAGIAN penduduk Fasa 7 Bandar Seri Putra bergambar di hadapan Surau Sayyidina Umar Al-Khattab sebelum menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul, kelmarin.
SERDANG Feb. - Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Surau Sayyidina Umar Al-Khattab, Bandar Seri Putra dekat sini semalam disambut penuh meriah.

Bertemakan 'Surau Meriah Masyarakat Barakah', lebih 200 penduduk Fasa 7 menyertai sambutan itu.

Mereka berarak sambil berselawat di sekitar kawasan perumahan berkenaan.

Pengerusi Surau, Abd. Rani Pengiran Othman berkata, inilah kali pertama sambutan seumpama itu diadakan sejak surau itu dibina pertengahan tahun lalu.

''Alhamdulillah, masyarakat Fasa 7 memberi sambutan menggalakkan. Sebelum ini kita berjaya mengadakan program ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha yang lalu,'' katanya.

Beliau bersyukur kerana penduduk di kawasan itu yang semakin meningkat memberikan kerjasama yang baik dan menyokong pelbagai aktiviti anjuran jawatankuasa surau.

''Saya harap masyarakat akan terus menyokong usaha yang dilakukan ke arah mewujudkan masyarakat yang bersatu padu serta mendekatkan diri dengan surau,'' katanya.

Selain perarakan, sambutan turut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna, menulis khat, kuiz agama, cabutan bertuah yang melibatkan semua lapisan masyarakat.

Turut diadakan ceramah agama pada sebelah pagi dan malam, bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh qari jemputan Awangku Umar Pengiran Hamdan dan berzanji. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment