My Add

Saturday 4 February 2012

Mayat Zulkifli belum ditemui, dipercayai sudah dikebumi

KUALA LUMPUR, 04 Februari, 2012:Meskipun tentera Filipina semalam mengesahkan membunuh tiga pemimpin paling dikehendaki daripada kumpulan Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiah (JI) dalam serangan di selatan negara itu, namun mereka masih gagal menemui mayat militan terbabit termasuk rakyat Malaysia, Zulkifli Hir.

Sumber memberitahu, maklumat terkini mendedahkan bahawa tentera Filipina sehingga kini masih gagal menemui mayat Zulkifli yang juga dikenali sebagai Marwan.

Beliau berkata, ini kerana cubaan pasukan tentera memasuki lokasi mayat ditentang hebat oleh anasir asing, JI dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

"Bagaimanapun, operasi ketenteraan dan mencari mayat mereka di kawasan yang dikuasai oleh MILF tersebut masih berjalan dan diyakini mayat Zulkifli sudah dikebumikan," katanya kepadaUtusan Malaysia ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, tentera Filipina membunuh tiga pemimpin paling dikehendaki daripada kumpulan Abu Sayyaf dan JI dalam serangan ke atas kubu kuat mereka di selatan negara itu.

Sumber itu berkata, pihak tentera Filipina akan menggali kubur untuk mengeluarkan mayat apabila berjaya menembusi tentangan anasir asing, JI dan MILF. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment