My Add

Thursday 16 February 2012

MB sangkal dakwaan wakil rakyat tuntut rebat daripada NGO

ALOR SETAR, RABU, 15 Februari, 2012: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menyangkal dakwaan wakil rakyat dan Exco di negeri ini ”memotong” sebahagian daripada peruntukan yang disalur kepada badan bukan kerajaan (NGO) di kawasan masing-masing.

Ini kerana katanya, peruntukan itu yang diberi kerajaan Pusat bagi tujuan projek kecil dan bantuan kepada NGO iaitu RM150,000 untuk Exco dan RM100,000 bagi wakil rakyat disalur terus kepada pejabat daerah selaku Pegawai Pengawal.

"Wakil rakyat atau anggota Exco akan memohon kepada pejabat daerah dan bayaran dibuat terus oleh Pegawai Pengawal kepada kontraktor yang dilantik. Begitu juga bantuan atau sumbangan kepada NGO disalurkan terus kepada mereka.

"Jika pemotongan berlaku ia bukan di peringkat wakil rakyat atau Exco,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco negeri, di sini.

Beliau diminta mengulas dakwaan beberapa NGO di Kedah bahawa antara 25 hingga 30 peratus daripada wang bantuan itu terpaksa ”dipulangkan” kepada pihak tertentu.

Perkara tersebut didedahkan oleh MCA Kedah dan semalam Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diminta mengulas perkara itu dilapor meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment