My Add

Sunday 19 February 2012

MCA jumpa TPM berhubung kekurangan guru

KUALA LUMPUR, AHAD, 19 Februari, 2012: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak lama lagi berhubung isu kekurangan guru di sekolah vernakular Cina. 

Beliau berkata, data mengenai jumlah guru sekolah SJK(C) yang diberikan kepada Kementerian Pelajaran mungkin tidak menggambarkan kekurangan yang sebenar.

"Sehingga hari ini, masalah itu masih wujud. Saya akan berjumpa Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyddin Yassin untuk membincangkan perkara ini kerana kami mahu ia diselesaikan segera," katanya ketika dihubungi.

Sejak beberapa minggu lalu, dilaporkan bahawa sekolah rendah Cina menghadapi kekurangan hampir 2,000 guru di seluruh negara. 

Isu itu pertama kali ditimbulkan sebelum sesi persekolahan bermula awal tahun ini dan Kementerian Pelajaran dilaporkan berusaha menangani masalah itu. 

Hari ini, kekosongan jawatan di sesetengah sekolah sudah diisi tetapi masalah baru timbul berikutan guru-guru yang dihantar ke sana tidak memahami bahasa Cina. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment