My Add

Friday 24 February 2012

Memo bantah tindakan tentera AS bakar al-Quran diserah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Februari, 2012: Dewan Pemuda Pas Malaysia hari ini menyerah memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat di sini bagi mengutuk tindakan tentera negara itu yang membuang dan membakar al-Quran di Afghanistan.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, pihaknya mahu kerajaan Amerika Syarikat mengambil tindakan tegas terhadap tenteranya yang terlibat dan bukan sekadar memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia.

"Kita mahu tindakan tegas diambil kerana ia melibatkan penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia, tidak cukup sekadar memohon maaf,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment