My Add

Friday 24 February 2012

Pak Lah sifatkan anugerah pemangkin kajian bioteknologi

KEPALA BATAS, JUMAAT, 24 Februari, 2012: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan anugerah serta pengiktirafan Doktor Falsafah dalam bidang kesihatan persekitaran sebagai pemangkin usaha meluaskan kajian bioteknologi dan sains persekitaran.

Beliau berkata, walaupun sains persekitaran boleh dianggap sebagai bidang baru, namun ia merupakan satu cabang dalam kesihatan awam yang mengetengahkan konsep kesedaran serta pengetahuan mengenai kaitan antara persekitaran dan alam semulajadi.

"Saya berterima kasih dan terharu dengan anugerah yang diberikan, ia penganugerahan yang sangat bermakna dan satu perkara yang unik bagi universiti ini, ia secara tidak langsung akan meningkatkan dan meluaskan kajian dalam bidang sains persekitaran,” katanya kepada pemberita sebelum majlis konvokesyen khas Kolej Universiti Sains Perubatan Allianze (AUCMS) di Kompleks Budi Penyayang hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment