My Add

Friday 24 February 2012

Pelancong China salah guna pas lawatan sosial dibincang

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Februari, 2012: Isu kehadiran pelancong warga China ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial tetapi terbabit dalam kegiatan tidak sihat dibangkitkan dalam perbincangan antara Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan anggota Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Liu Jing.

Abu Zahar berkata, Jing, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Persidangan Perundingan Politik Rakyat China, memberi maklumat balas positif terhadap isu berkenaan dan mengakui bahawa perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"Melihatkan betapa seriusnya hal ini, beliau mengambil perhatian, dan berharap dapat bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Dalam Negeri .

"Dasarnya memang kita tidak menggalakkan perkara-perkara seperti ini tetapi dari segi pratikalnya ia melibatkan banyak pihak yang perlu bekerjasama,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Jing di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment