My Add

Monday 20 February 2012

Royalti minyak: Permohonan bangkit isu perundangan 1 Jun

KUALA LUMPUR, ISNIN,  20 Februari, 2012: Permohonan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dan Kerajaan Persekutuan untuk membangkitkan isu-isu perundangan yang perlu ditentukan dalam kes saman berhubung tuntutan tunggakan royalti minyak oleh kerajaan negeri Kelantan akan didengar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Jun depan.

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof menetapkan tarikh itu ketika pengurusan kes tersebut hari ini.

Dalam writ saman yang difailkan pada 30 Ogos 2010, kerajaan negeri Kelantan menuntut supaya Petronas melaksanakan perjanjian petroleum bertarikh 9 Mei 1975 setelah mendakwa defendan secara salah melanggar kewajipannya.

Kerajaan negeri itu mendakwa telah menandatangani Perjanjian Petroleum Kelantan bertarikh 9 Mei 1975 yang ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamed Nasir dengan bekas Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment