My Add

Friday 3 February 2012

Muhyiddin hadir mesyuarat tertutup UMNO Titiwangsa

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 03 Februari, 2012:Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat tertutup bersama kepimpinan UMNO Bahagian Titiwangsa di Desa Pandan di sini.

Turut hadir pada mesyuarat satu jam itu ialah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani.

Ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat itu, Johari berkata, Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan diberi penerangan mengenai isu-isu setempat.

"Saya juga menyampaikan kepada beliau ucapan terima kasih daripada masyarakat di Titiwangsa kerana kerajaan telah menyiapkan projek mengecat 43 blok rumah kos rendah di Desa Pandan dan tujuh blok di Kampung Baru.

"Selain itu kami juga berterima kasih dengan peruntukan yang diluluskan sebelum ini untuk membina dewan orang ramai dan gimnasium rakyat untuk masyarakat setempat,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment