My Add

Thursday 16 February 2012

Najib mulakan lawatan dua hari ke Sabah


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan orang ramai ketika hadir di majlis perasmian pecah tanah Projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) di Kampung Banting, Sipitang, hari ini sambil diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (kanan). - Foto Datu Ruslan Sulai


SIPITANG, KHAMIS, 16 Februari, 2012: Datuk Seri Najib Razak tiba hari ini untuk lawatan dua hari ke Sabah. Antara atur cara Perdana Menteri ialah merasmikan majlis pecah tanah projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) bernilai RM4.5 bilion, di sini. 

Beliau kemudian berlepas ke Kota Kinabalu bagi melancarkan Hari Terbuka Koridor Pembangunan Sabah - Program Koridor dan Bandar Raya Serantau.

Perdana Menteri juga dijadual mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Pada petangnya Najib akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin Barisan Nasional Sabah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment