My Add

Thursday 16 February 2012

Ambrin Buang dilantik semula Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 16 Februari, 2012: Tan Sri Ambrin Buang dilantik semula sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh satu tahun mulai 23 Februari ini. 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dalam satu kenyataan di sini, hari ini, berkata pelantikan itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Ambrin dilantik sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun mulai 23 Februari 2006.

Seterusnya beliau dilantik semula untuk tempoh dua tahun mulai 23 Februari 2008 hingga 22 Februari 2010 dan untuk tempoh dua tahun lagi mulai 23 Februari 2010. 

"Pelantikan semula ini adalah memandangkan perkhidmatan Tan Sri Ambrin Buang sebagai Ketua Audit Negara masih diperlukan," kata Mohd Sidek. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment