My Add

Thursday 16 February 2012

Syarikat kereta terpakai diwajib guna sistem e-Tukar Hak Milik

GEORGETOWN, KHAMIS, 16 Februari, 2012: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewajibkan semua syarikat kereta terpakai mengguna pakai sistem e-Tukar Hak Milik Sementara sebagai penyelesaian sepenuhnya proses pindah hak milik kenderaan. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata sistem yang diperkenalkan sejak Disember lalu adalah inisiatif Persatuan Penjual Kereta Terpakai bagi melindungi kepentingan pengguna.

"Kami sedang memantau bagaimana sistem ini beroperasi. Sistem itu juga sudah sedia dan JPJ berkemungkinan akan mewajibkan syarikat kereta terpakai menggunakan sistem berkenaan bagi semua urusan proses tukar milik kenderaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru JPJ cawangan Batu Uban, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini JPJ hanya meminta semua syarikat kereta terpakai menggunakan sistem itu bagi mengelak berulangnya kes pemilik kenderaan berhadapan pelbagai masalah walaupun selepas kenderaan sudah dijual atau ditukar beli dengan syarikat kereta terpakai. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment