My Add

Wednesday 8 February 2012

Nasha Aziz tarik balik rayuan

PUTRAJAYA, RABU, 08 Februari, 2012: Pelakon Nasha Aziz hari ini menarik balik rayuan yang dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan di sini berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkannya membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapa kandungnya Abdul Aziz Mohd Ali. 

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Zainun Ali kemudian mengetepikan rayuan itu.

Dua hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Hakim Datuk Ramly Ali dan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.

Terdahulu, peguam Siti Maspuah Maulan yang mewakili pelakon dan model itu memaklumkan kepada panel hakim berkenaan bahawa anak guamnya menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Oktober 2009 yang meluluskan permohonan Abdul Aziz agar mahkamah membuat penghakiman dalam saman malu terhadap Nasha berikutan ketidakhadiran peguam yang mewakili pelakon itu sebelum ini pada pendengaran saman itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment