My Add

Wednesday 8 February 2012

Program Aman Kampus jadi platform penggerak masyarakat

MELAKA, RABU, 08 Februari, 2012: Program 'Aman Kampus Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat' mampu menjadi platform kepada mahasiswa universiti di negara ini menjadi agen penggerak masyarakat yang lebih efektif dan berkesan dalam pembangunan negara pada masa depan. 

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI), Mohd Shahar Abdullah, berkata program itu dapat mewujudkan satu jaringan bersepadu antara mahasiswa, alumni dan badan bukan kerajaan serta masyarakat dalam menjayakan agenda memperkasakan golongan muda.

"Program ini juga dapat menyuntik semangat patriotisme mahasiswa untuk terus menyokong dan memahami setiap dasar yang dilaksanakan kerajaan," katanya selepas majlis pelepasan kembara itu bagi peringkat negeri Melaka di Rumah Seri Kenangan Cheng di sini, hari ini.

Pelepasan kembara membabitkan 19 buah kereta dan empat buah bas itu disempurnakan Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Wira Idris Haron. 

Mohd Shahar berkata, Melaka menjadi lokasi kedua persinggahan program itu selepas lokasi pertama di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam. 

“Program itu yang memasuki hari ketiga disertai 180 peserta daripada 22 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan akan meneruskan kembara menuju ke Pasir Gudang, Johor sebelum ke Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan berakhir di Tanjung Karang, Selangor pada 19 Februari ini. 

“Acara kemuncak program itu ialah Himpunan Aman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama anak muda yang bakal diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 Mac depan,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment