My Add

Tuesday 14 February 2012

Nilai dengan bijak bantuan kerajaan

RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin (dua dari kanan) menyampaikan baucar BR1M kepada warga emas dan orang kurang upaya pada majlis penyerahan bantuan tersebut di Dataran Seri Angkasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN


KUALA LUMPUR, ISNIN 13 Februari, 201:  Rakyat diminta menilai dengan bijak dan rasional setiap bantuan yang disediakan kerajaan yang direncanakan demi kesejahteraan semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pemberian tersebut membuktikan kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai berkata, pemberian itu juga menunjukkan kekukuhan ekonomi negara yang dijana oleh kepimpinan kerajaan yang cekap.

"Keupayaan memberi bantuan kebajikan ini juga hanya mampu dilakukan oleh kerajaan yang terbaik," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada kira-kira 1,200 penerima di kawasan Lembah Pantai di sini baru-baru ini.

Raja Nong Chik berkata, setakat ini, seramai 8,612 penerima bagi kawasan Lembah Pantai telah menerima BR1M secara berperingkat sejak pertengahan Januari lalu.

"Bagi mereka yang belum menerima surat, mereka boleh mengemukakan rayuan dan diminta bersabar. Insya-Allah, nama mereka tidak akan tercicir jika benar-benar memenuhi syarat kelayakan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment