My Add

Friday 24 February 2012

Polis Johor kenal pasti dalang terlibat atur perlawanan bola

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 24 Februari, 2012: Polis Johor hari ini mengesahkan sudah mengenal pasti dalang yang terbabit dalam mengatur perlawanan bola sepak skuad Piala Presiden Johor FC menentang Perlis, Khamis lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalang terbabit dikenal pasti menerusi siasatan pasukan khas yang ditubuhkan selepas polis menerima laporan daripada pegawai Johor FC, Sabtu lepas.

"Namun, kita masih perlu mengumpul lebih banyak keterangan dan bukti untuk mengheret mereka ke muka pengadilan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, siasatan awal turut mempercayai dalang terbabit mempunyai kaitan dengan bookie antarabangsa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment