My Add

Friday 24 February 2012

Syarikat Malaysia mahu bangun kilang sawit di Sulawesi

JAKARTA, JUMAAT, 24 Februari, 2012: Sebuah syarikat dari Malaysia menyatakan minat untuk membangunkan kilang pemprosesan kelapa sawit di Sulawesi Barat, kata Gabenor provinsi itu, Anwar Adnan Saleh.

Beliau berkata, minat itu disuarakan semasa pengusaha syarikat itu melawat Mamuju bersama tiga menteri Kabinet Indonesia, Menteri Perindustrian, Mohamad S Hidayat; Menteri Perdagangan, Gita Wirjawan dan Menteri Kehutanan, Zulkifli Hasan, baru-baru ini.

"Ada beberapa syarikat bertaraf antarabangsa yang dibawa oleh ketiga-tiga menteri itu, dan ada yang tertarik membuat pelaburan seperti pembangunan industri rotan, koko serta pemprosesan kelapa sawit,” katanya dipetik agensi berita Antara.

Adnan berkata, industri tanaman kelapa sawit di Sulawesi Barat banyak terletak di daerah Mamuju Utara, dan pada masa ini sektor itu sedang dikembangkan ke daerah Polman. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment